Thursday, 27 October 2011

MATEMATIK TAHUN 6

NOMBOR BULAT HINGGA 7 DIGIT
Menama dan Menulis Nombor 

1. Nombor bulat hingga 7 digit ialah nombor 1 000 000 (satu juta) hingga 9 999 999 (sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu sembilan ratus sembilan puluh sembilan).

2. Menama nombor hingga 7 digit.
  • Menama dan menyebut nombor dengan betul amat penting kerana sebutan yang betul menentukan anda menulis nombor dalam perkataan dengan betul. 

  • Namakan nombor berikut dengan betul mengikut warna: 
a). 1 354 265 : Satu juta tiga ratus lima puluh   
                        empat ribu dua ratus enam puluh 
                        lima.

b). 3 205 403 : Tiga juta dua ratus lima ribu empat 
                        ratus tiga.

c). 5 009 008 : Lima juta sembilan ribu lapan.


3. Menulis nombor dalam perkataan.
  
a). Tuliskan 2 114 058 dalam perkataan
          
     Dua juta seratus empat belas ribu lima puluh    
     lapan.
   
b). Tuliskan 7 200 303 dalam perkataan
     
     Tujuh juta dua ratus ribu tiga ratus tiga.

4. Contoh kesalahan murid semasa menulis nombor dalam perkataan.

  4 304 205 : Empat juta tiga puluh empat ribu dua 
                      puluh lima. X salah
 
 Sepatutnya: Empat juta tiga ratus 
               empat ribu dua ratus lima.

5. Menulis nombor dalam angka.
  
a). Lima juta dua puluh enam ribu lima ratus tiga. 
       
5 026 503 
   
b). Lapan juta tujuh ribu sembilan puluh dua.

8 007 092
     
6. Contoh kesalahan murid semasa menulis nombor dalam angka.

   Tiga juta dua ratus empat ribu enam ratus dua.

3 2004 6002  X salah
 
 Sepatutnya: 3 204 602

7. LATIHAN 
a) Tuliskan nombor berikut dalam perkataan.
  •  4 234 765
  •  2 406 207
  •  6 009 400
  •  8 038 009    
b) Tuliskan nombor berikut dalam angka.
  •  Lima juta enam ratus tiga ribu empat puluh   lima
  •  Tiga juta dua puluh lapan ribu enam ratus lima
  •  Tujuh juta lapan ribu sembilan belas
  •  Satu juta dua belas ribu tiga puluh tujuh
-Selamat mencuba-

4 comments:

Muhammad Hazim said...

lancau

Afiqah Syaf said...

(y) terbaik!!

Syazwan 3248 said...

terbaik lah

Ahmad Azfar Bin Abu Bakar said...

macam mane nak tulis nombor dalam angka,empat juta dua ribu

Post a Comment

 
;