NOMBOR BULAT HINGGA 7 DIGIT
Menama dan Menulis Nombor
1. Nombor bulat hingga 7 digit ialah nombor 1 000 000 (satu juta) hingga 9 999 999 (sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu sembilan ratus sembilan puluh sembilan).
2. Menama nombor hingga 7 digit.
- Menama dan menyebut nombor dengan betul amat penting kerana sebutan yang betul menentukan anda menulis nombor dalam perkataan dengan betul.
- Namakan nombor berikut dengan betul mengikut warna:
empat ribu dua ratus enam puluh
lima.
b). 3 205 403 : Tiga juta dua ratus lima ribu empat
ratus tiga.
c). 5 009 008 : Lima juta sembilan ribu lapan.
3. Menulis nombor dalam perkataan.
a). Tuliskan 2 114 058 dalam perkataan
Dua juta seratus empat belas ribu lima puluh
lapan.
b). Tuliskan 7 200 303 dalam perkataan
Tujuh juta dua ratus ribu tiga ratus tiga.
4. Contoh kesalahan murid semasa menulis nombor dalam perkataan.
4 304 205 : Empat juta tiga puluh empat ribu dua
puluh lima. X salah
Sepatutnya: Empat juta tiga ratus
empat ribu dua ratus lima.
5. Menulis nombor dalam angka.
a). Lima juta dua puluh enam ribu lima ratus tiga.
5 026 503
b). Lapan juta tujuh ribu sembilan puluh dua.
8 007 092
6. Contoh kesalahan murid semasa menulis nombor dalam angka.
Tiga juta dua ratus empat ribu enam ratus dua.
3 2004 6002 X salah
Sepatutnya: 3 204 602
7. LATIHAN
a) Tuliskan nombor berikut dalam perkataan.
- 4 234 765
- 2 406 207
- 6 009 400
- 8 038 009
b) Tuliskan nombor berikut dalam angka.
- Lima juta enam ratus tiga ribu empat puluh lima
- Tiga juta dua puluh lapan ribu enam ratus lima
- Tujuh juta lapan ribu sembilan belas
- Satu juta dua belas ribu tiga puluh tujuh
-Selamat mencuba-
18 comments:
lancau
(y) terbaik!!
terbaik lah
macam mane nak tulis nombor dalam angka,empat juta dua ribu
HI
Bagus mcm ni blh membantu menambah ilmu.
Macam mana angka 9 501 101 dalam perkataan. Harap boleh membantu
Kalau empat juta dua ribu dalam angka macam mana?
Macam mane nak sebut nombor perpuluhan juta dan pecahan juta
4 20
Macam tu..
hghg
kalau 7 000 000 dalam perkataan macam mana
Tujuh juta
4002000
Macam ni
Sembilan juta lima ratus satu satu ratus satu
5.109 juta
Kalau 1020409 sebutan dia satu juta dua puluh ribu empat ratus sembilan.
Betul tak?😁
Tulis 2030801
Post a Comment